SHALAT SUNNAH
|
1.Dari Ummul mu'minin iaitu Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiada seorang hambapun yang Muslim yang bersembahyang kerana Allah Ta'ala setiap hari dua belas rakaat sebagai shalat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga." (Riwayat Muslim)
2 Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w. dua rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat lagi sesudahnya, juga dua rakaat sesudah Jum'ah, dua rakaat sesudah Maghrib dan dua rakaat pula sesudah Isya'." (Muttafaq 'alaih)
3 Dari Abdullah bin Mughaffal r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Antara setiap dua azan boleh bersembahyang sunnah, antara setiap dua azan boleh bersembahyang sunnah, antara setiap dua azan boleh bersembahyang sunnah." Dalam ketiga kalinya ini beliau s.a.w. bersabda: "Bagi orang yang suka mengerjakan itu." (Muttafaq 'alaih)
Anjuran Melakukan Shalat
Sunnah Tahiyyatul Masjid
1 Dari Abu Qatadah
r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jikalau salah seorang di antara
engkau semua itu masuk masjid, maka janganlah duduk dulu sebelum bersembahyang
dua rakaat." (Muttafaq 'alaih)
2. Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendatangi Nabi s.a.w. dan ia berada di
masjid, lalu beliau s.a.w. bersabda: "Bersembahyanglah dua rakaat." (Muttafaq
'alaih)
Shalat Sunnah Zuhur
1. Dari ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya:
"Saya bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w. dua rakaat sebelum zuhur dan dua
rakaat sesudahnya." (Muttafaq 'alaih)
2 Dari Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. itu tidak meninggalkan shalat sunnah sebanyak empat rakaat sebelum Zuhur." (Riwayat Bukhari)
3 Dari Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya: "Nabi s.a.w. bersembahyang di rumahku empat rakaat sebelum Zuhur kemudian keluar lalu bersembahyang bersama orang banyak, terus masuk rumah lagi lalu bersembahyang dua rakaat. Beliau s.a.w. itu juga bersembahyang Maghrib bersama orang banyak lalu masuk rumah terus bersembahyang dua rakaat sunnah dan beliau s.a.w. bersembahyang Isya' dengan orang banyak dan masuk rumah lalu bersembahyang dua rakaat sunnah. (Riwayat Muslim)
4. Dari Ummu Habibah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa menjaga shalat sunnah empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat lagi sesudahnya, maka Allah mengharamkan orang itu atas neraka."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi, dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
5. Dari Abdullah bin as-Saib r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersembahyang empat rakaat sunnah setelah matahari lingsir -tergelincir-iaitu sebelum shalat Zuhur -yang wajib- dan bersabda: "Bahawasanya ini adalah saat dibukanya pintu-pintu langit, maka saya senang kalau amalan shalihku naik di situ." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
6 Dari Aisyah radhiallahu 'anha bahawasanya Nabi s.a.w. apabila tidak bersembahyang empat rakaat sebelum Zuhur, maka beliau s.a.w. bersembahyang empat rakaat itu sesudahnya Zuhur." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Sebelum
Ashar
1.Dari Ali bin Abu Thalib, katanya: "Nabi s.a.w.
itu bersembahyang sunnah empat rakaat sebelum Asar, memisahkan antara empat
rakaat tadi dengan bersalam - yakni sesudah dapat dua rakaat bersalam dulu -
kepada para malaikat muqarrabun dan orang- orang yang mengikuti mereka dari
golongan kaum Muslimin dan mu'minin."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
2. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Allah memberikan kerahmatan kepada orang yang bersembahyang sunnah empat rakaat sebelum Asar." Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
3. Dari Ali bin Abu Thalib r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersembahyang sunnah dua rakaat sebelum Asar. Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

Shalat Sunnah Maghrib,
Sesudah Dan Sebelumnya
1. Dari Abdullah bin Mughaffal r.a. dari Nabi
s.a.w., sabdanya: "Bersembahyanglah engkau semua sebelum Maghrib - yakni shalat
sunnah." Beliau s.a.w. mengucapkan dalam sabdanya yang ketiga kalinya dengan
tambahan: "Bagi siapa yang ingin melakukannya." (Riwayat Bukhari)
2 Dari Anas r.a., katanya: "Sungguh-sungguh saya telah melihat golongan sahabat- sahabat besar-besar sama bersegera ke ruang dalam masjid ketika Maghrib - yakni sesudah azan Maghrib dibunyikan perlu shalat sunnah di situ. (Riwayat Bukhari)
3. Dari Anas r.a. pula, katanya: "Kita semua di zaman Rasulullah s.a.w. bersembahyang dua rakaat sesudah terbenamnya matahari yakni sebelum Maghrib." la ditanya: "Apakah Rasulullah s.a.w. juga bersembahyang sunnah itu?" Anas r.a. menjawab: "Beliau s.a.w. melihat kita bersembahyang dua rakaat itu, tetapi beliau s.a.w. tidak menyuruh kita melakukannya dan tidak pula melarangnya." (Riwayat Muslim)
4 Dari Anas r.a. pula, katanya: "Kita semua ada di Madinah, maka jikalau muazzin telah selesai berazan untuk shalat Maghrib, maka orang-orang sama bersegera ke ruang dalam masjid lalu bersembahyang dua rakaat, sehingga sesungguhnya seseorang asing - yang tempatnya bukan di Madinah - nescayalah kalau ia masuk masjid pasti mengira bahawa shalat wajib Maghrib sudah selesai dikerjakan kerana banyaknya orang yang bersembahyang sunnah dua rakaat sebelum Maghrib itu." (Riwayat Muslim)

Shalat Witir
1.)Nafi mengatakan bahwa abdullah bin umar shalat antara
serakaat dan dua rakaat dalam shalat witir , sehingga ia memerintahkan seseorang
untuk melakukan sesuatu yang dihajatkan olehnya (HR Bukhari)
2.)
Aisyah ra mengatakan bahwa rasulullah selalu shalat sebelas rakaat itulah
shalat beliau, maksudnya di malam hari, lalu beliau sujud selama sekitar salah
seorang diantaramu membaca lima puluh ayat sebelum beliau mengangkat kepala,
beliau shalat dua rakaat sebelum shalat subuh, beliau berbaring pada lambung
yang sebelah kanan sehingga muadzin datang untuk iqamah shalat shubuh(HR
Bukhari)
3.)Abu hurairah berkata ; nabi saw berpesan kepadaku
supaya melakukan shalat witir sebelum tidur (HR
Bukhari)
4.)
Aisyah berkata setiap malam rasulullah melakukan witir dan witirnya berakhir
sampai waktu sahur ((HR Bukhari))
5.)Anas bin sirin berkata; aku bertanya kepada ibnu umar
' apakah yang anda ketahui mengenai shalat sunnah dua rakaat sebelum
mengerjakakan shalat shubuh , apakah aku boleh memperpanjang bacaannya padanya ?
Ibnu umar menjawab 'nabi shalat di waktu malam dua rakaat dua rakaat dan
melakukan witir satu rakaat. lalu ,shalat dua rakaat sebelum shalat shubuh dan
seolah-olah azan (yakni iqamah) sudah ada di kedua telinganya"hammid berkata "
yakni dilakukan dengan cepat ((HR Bukhari))
Sunnah Sebelum
Subuh,
1 Dari Aisyah radhiallahu 'anha: "Bahawasanya
Nabi s.a.w. bersembahyang dua rakaat yang ringan sekali antara azan dan iqamah
dari shalat Subuh." (Muttafaq 'alaih)
2 Dari Hafshah radhiallahu 'anha bahwasanya Rasulullah s.a.w. itu apabila muazzin sudah berazan dan Subuh - yakni fajar shadik - sudah terbit, beliau s.a.w. lalu bersembahyang dua rakaat yang ringan." (Muttafaq 'alaih)
3. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Nabi s.a.w. itu bersembahyang di waktu malam dua rakaat, dua rakaat, lalu melakukan witir pada waktu akhir malam. Beliau s.a.w. juga bersembahyang dua rakaat sebelum shalat Subuh dan seolah-olah azan itu ada di dekat kedua telinganya." (Muttafaq 'alaih)
4. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. itu dalam rakaat pertama dari kedua buah rakaat fajar - sebelum Subuh - itu membaca: Qulu amanna billahi wa ma unzila ilaina, yaitu ayat dalam surat al-Baqarah - ayat 136 - dan di rakaat akhirnya membaca: Amanna billahi wasyhad bianna muslimun - surat ali-lmran ayat 52. Dalam riwayat lain disebutkan: "Dalam rakaat akhirnya membaca: "Ta'alau ila kalimatin sawain bainana wa bainakum - surat ali-lmran ayat 64. Diriwayatkan kedua Hadis di atas itu oleh Imam Muslim.
5 Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu membaca dalam kedua rakaat fajar, iaitu: Qul ya ayyuhal kafirun - untuk rakaat pertama - dan Qul huwallahu ahad - untuk rakaat kedua. (Riwayat Muslim)
6. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya meneliti Nabi s.a.w. selama sebulan, beliau s.a.w. dalam dua rakaat sebelum Subuh itu membaca: Qul ya ayyuhal kafirun -untuk rakaat pertama - dan Qul huwallahu ahad - untuk rakaat kedua."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan

7.)
Shalat dua rakaat (sunnah fajar) lebih baik dari dunia dan segala isinya
(HR.Attirmidzi)
Shalat tahajud
yaa ayyuhaa
almuzzammilu
[73:1] Hai orang yang
berselimut (Muhammad),
qumi allayla
illaa qaliilaan
nishfahu awi unqush minhu
qaliilaan
[73:3] (yaitu) seperduanya atau
kurangilah dari seperdua itu sedikit.
aw zid 'alayhi warattili
alqur-aana tartiilaan
[73:4] atau lebih dari seperdua
itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan.
innaa sanulqii 'alayka
qawlan tsaqiilaan
[73:5] Sesungguhnya Kami akan
menurunkan kapadamu perkataan yang berat.
inna naasyi-ata
allayli hiya asyaddu wath-an wa-aqwamu
qiilaan
[73:6] Sesungguhnya bangun di
waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih
berkesan.
1.) Dari ibnu mas'ud ra. ia berkatal pada suatu
malam saya mengerjakan shalat bersam nabi saw, beliau berdiri lama sekali
sehingga timbullah niat jelek saya , setelah selesai beliau bertanya 'niat jelek
apakah yang timbul di hatimu ? saua menjawab ' saya berniat akan duduk dan akan
meninggalkan salat (HR Bukhari dan muslim)
2.) Dari abu abdullah hudzaifah bin yaman al anshari
ra, beliau dikenal sebagi mata- mata rasulullah saw , ia berkata ; "suatu
malam aku salat bersama rasulullah saw ,sesudah membaca al fatihah belia membaca
surah al - baqarahm didalam hati saya berkata ; mungkin beliau akan rukuk jika
sudah membaca seratus ayat; tetapi sesudah mendapat seratus aya t beliau tetap
membacanya dalam hati saya berkata lagi mungkin beliau akan membaca satu surah
Al baqarah dalam satu rakaat, tetapi setelah selesai satu surah beliu membaca
lagi surah an-nisa dan beliau membacanya sampai selesai, setelah itu beliau
membaca lagi surah al - imran sampai selesai , belaiu membacanya dengan tartilm
jika menemukan ayat yang mengandung tasbih maka beliau membaca tasbih, jika
menemukan ayat yang menganduing perintah agar memohon, maka beliau memohon dan
jika beliau menemukan ayat yang menyuruh untuk berlindung diri, maka beliau
berlindung diri. sesudah itu beliau ruku dan membaca "SUBHAANA RABBIYAL ADHIIM
(Maha suci tuhanku dan maha agung) lamanya hampir sama dengan berdiri, kemudian
beliau bangkit dari rukuk dan mengucapkan SAMI'ALLAHU LIMAN HAMIDAH,RABBANA
LAKAL HAMDU (Alloh mendengar orang-orang yang memuji-Nya, wahai tuhan kami hanya
bagi-Mu lah segala puji) dan beliau berdiri lamanya hampir sama dengan beliau
ruku, kemudia beliu sujud dan membaca SUBHAANA RABBIYAL A'LAA (maha suci tuhanku
yang maha luhur), lamanya hampir sama dengan berdiri (HR
Muslim)
3.)Masruq berkata; aku bertanya kepada aisyah;
apakah amal yang paling disukai nabi ? ia menjawab amal yang dilakukan secara
terus - menerus, lalu aku bertanya lagi kapan beliau bangun? Aisyah menjawab,
apabila beliau telah mendengar kokok ayam, dalam satu riwayat 'apabila mendengar
kokok ayam, beliau bangun lalu mengerjakan shalat (HR
bukhari)
4.)Masruq berkata'aku bertanya kepada aisyah
tentang shalat malam rasulullah, aisyah menjawab "adakalanya tujuh, sembilan,
dan adakalanya sebelas rakaat, selain dua rakaat shalat fajar (HR
bukhari)
5.)Aisyah berkata;, Nabi biasa melakukan shalat
malam tiga belas rakaat termasuk witir dan shalat fajar dua rakaat (HR
bukhari)
6.)Abu hurairah mengatakan bahwa rasulullah
bersabda"Setan mengikat tengkuk salah seorang diantara kamu pada waktu tidur
dengan tiga ikatan ,pada setiap ikatan dikatakan "bagimu malam yang panjang,
maka tidurlah"
Apabila ia bangun dan ingat kepada Alloh, maka lepaslah
satu ikatan, jika ia berwudhu maka terlepaslah satu ikatan lagi, dan jika ia
mengerjakan shalat, maka terlepaslah seluruh ikatannya. ia memasuki pagi hari
dengan tangkas dan segar jiwanya, jika tidak, maka ia masuk pagi dengan jiwa
yang buruk dan malas (HR bukhari)
7.)Abu hurairah ra. mengatakan bahwa rasulullah
bersabda' tuhan kita Yang mahasuci dan Maha tinggi turun ke langit dunia setiap
malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, " Siapakah
yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan ?
"Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan
?
"siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni
? (HR bukhari)
8.)Al -Aswad berkata "Aku bertanya kepada Aisyah
"bagaimanakah shalat rasulullah di malam hari , ia menjawab, beliau tidur pada
permulaan malam, dan bangun di akhir malam, lalu shalat, kemudian kembali ke
tempat tidur beliau, apabila muadzin mengumandangkan azan, maka beliau melompat,
jika beliau memiliki suatu keperluan, maka beliau mandi. jika tidak, maka beliau
berwudhu dan keluar (HR bukhari)
9.) Abu salamh bin abdurrahman mengatakan bahwa
ia bertanya kepada aisyah ; bagaimanakah shalat nabi saw di bulan ramadhan, ?
aisyah menjawab"Rasulullah baik di bulan ramadhan maupun di bulan lain tidak
pernah menambah atas sebelas rakaat , yaitu beliau shalat empat rakaat. namun
,jangan kamu tanyakan lagi tentang baik dan panjangnya , kemudian beliau shalat
empat rakaat lagi, dan jangan kamu tanyakan lagi tentang baik dan panjangnya ,
lalu beliau shalat tiga rakaat. aku bertanya," Wahai rasulullah apakah engkau
tidur sebelum witir? Beliau menjawab,"Wahai aisyah, kedua mataku tidur, tetapi
hatiku tidak tidur (HR bukhari)
10.Dari Abu Yusuf iaitu
Abdullah bin Salam r.a., katanya: "Saya
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai sekalian manusia, ratakanlah salam,
berikanlah makanan, pereratkanlah kekeluargaan, bersembahyanglah - di waktu
malam -sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan masuk syurga
dengan selamat." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini
adalah Hadis shahih
Shalat Dhuha
1.)
Aisyah berkata ; sesungguhnya rasulullha meninggalkan amal padahal beliau senang
untuk mengamalkannya karena taku manusia mengamalkannya, lalu difardhukan atas
mereka, saya tidak pernah melihat rasulullah melakukan shalat sunnah seperti
shalat sunnah dhuha, dan sesungguhnya saya mengerjakannya (HR
bukhari)
2.Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Kekasihku -
yakni Nabi Muhammad s.a.w. telah memberikan wasiat padaku untuk melakukan puasa
sebanyak tiga hari dalam setiap bulan, juga dua rakaat sunnah Dhuha dan supaya
saya bersembahyang witir dulu sebelum tidur." (Muttafaq 'alaih)
Melakukan shalat witir sebelum tidur itu hanyalah disunnahkan bagi seseorang yang tidak mempercayai dirinya akan dapat bangun pada akhir malam. Tetapi sekiranya dapat mempercayai dirinya, Maka pada akhir malam adalah lebih utama lagi.
3. Dari Abu Zar r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu harus ada sedekahnya pada saban pagi harinya, maka setiap sekali tasbih - bacaan Subhanallah - adalah sedekah, setiap sekali tahmid - bacaan Alhamdulillah - adalah sedekah, setiap sekali tahlil - bacaan La ilaha ilallah - adalah sedekah, setiap sekali takbir - bacaan Allahu Akbar - adalah sedekah, memerintahkan kepada kebaikan adalah sedekah, melarang dari kemunkaran adalah sedekah dan yang sedemikian itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dart shalat Dhuha." (Riwayat Muslim)
4 Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahkan dari jumlah itu sekehendak hatinya." (Riwayat Muslim)
5. Dari Ummu Hani' iaitu Fakhitah binti Abu Thalib radhiallahu 'anha, katanya: "Saya pergi ke tempat Rasulullah s.a.w. pada hari pembebasan - kota Makkah, lalu saya temui beliau s.a.w. sedang mandi. Setelah selesai beliau s.a.w. mandi, lalu bersembahyang sebanyak lapan rakaat. Itulah shalat Dhuha." (Muttafaq 'alaih)

Shalat
Istikharah
1. Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada kita cara melakukan shalat istikharah - yakni mohon pilihan kepada Allah, mana yang terbaik antara dua perkara atau beberapa perkara - dalam segala macam urusan, sebagaimana beliau s.a.w. mengajarkan surat dari al-Quran. Beliau s.a.w. bersabda:"Jikalau seseorang dari engkau semua berkehendak pada sesuatu perkara, maka hendaklah bersembahyang dua rakaat yang tidak termasuk shalat fardhu, kemudian ucapkanlah - yang ertinya: Ya Allah, saya mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu dan saya mohon ditakdirkan - untuk mendapatkan yang terbaik antara dua atau beberapa perkara - dengan kekuasaanMu, juga saya mohon kepadaMu akan keutamaanMu yang agung, kerana sesungguhnya Engkau adalah Maha Kuasa sedang saya tidak kuasa apa-apa, juga Engkau adalah Maha Mengetahui sedang saya tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui segala sesuatu yang ghaib.Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahawa perkara ini memang baik untuk agamaku, kehidupanku dan akibat perkaraku - atau beliau s.a.w. menyabdakan: baik untuk urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hari, maka takdirkanlah itu untukku dan permudahkanlah mendapatkannya padaku, selanjutnya berilah keberkahan padaku dalam urusan itu. Tetapi jikalau Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah buruk untuk agamaku, kehidupanku dan akibat perkaraku - atau beliau s.a.w. menyabdakan: baik untuk urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hari, maka hindarkanlah itu dari diriku dan hindarkanlah aku daripadanya, lalu takdirkanlah mana- mana yang baik untukku di mana saja adanya kebaikan itu dan seterusnya berikanlah keredhaan padaku dengan melakukan yang baik tadi."Beliau s.a.w. bersabda: "Dan orang yang melakukan istikharah itu supaya menyebutkan apa yang menjadi hajat keperluannya." (Riwayat Bukhari)

Bantu dakwah ini tersebar ke teman-teman terdekat kalian
sampai kepenjuru dunia dengan meng-klik “bagikan”/”share” Allah SWT akan
membalas sekecil apapun amal kalian, dan insya Alah akan menjadi salah satu dari
tiga amal yang akan tetap mengalir terus walaupun kita sudah wafat..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar