DIPENDAMKAN DI DALAM HATI
| |
Itulah kisah tentang dia.. Dipendamkan di dalam hatinya, yang
tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik
dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik,
kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang
dicintai oleh umat manusia, iaitu Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah
Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi
mulia.
Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang
puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat
merealisasikan cintanya. Di kisahkan dari Ummu Salamah, pengalamannya
sendiri mengenai kunjungan Saidina ‘Ali r.a. kepada Nabi Muhammad
S.A.W. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku
terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu
ialah ‘Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk
kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia
dipersilakan duduk di depan beliau. ‘Ali bin Abi Thalib menundukkan
kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.