Taubat
|
1.Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya saya itu nescayalah
memohonkan pengampunan kepada Allah serta bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih
dari tujuh puluh kali." (Riwayat Bukhari)
2. Dari Abu Hurairah
r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda:"Demi Allah, sesungguhnya saya itu nescayalah memohonkan
pengampunan kepada Allah serta bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh
puluh kali." (Riwayat Bukhari)
3. Dari Abu Hamzah iaitu
Anas bin Malik al-Anshari r.a., pelayan
Rasulullah s.a.w., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:"Nescayalah Allah itu
lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seseorang dari engkau
semua yang jatuh di atas untanya dan oleh Allah ia disesatkan di suatu tanah
yang luas." (Muttafaq 'alaih)
4. Dari Abu Hamzah iaitu
Anas bin Malik al-Anshari r.a., pelayan
Rasulullah s.a.w., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:"Nescayalah Allah itu
lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seseorang dari engkau
semua yang jatuh di atas untanya dan oleh Allah ia disesatkan di suatu tanah
yang luas." (Muttafaq 'alaih)
5. Dari Zir bin
Hubaisy, katanya: "Saya mendatangi
Shafwan bin 'Assal r.a. perlu menanyakan soal mengusap dua buah sepatu khuf
(but). Shafwan berkata: "Apakah yang menyebabkan engkau datang ini, hai Zir?"
Saya menjawab: "Kerana ingin mencari ilmu pengetahuan." Ia berkata lagi:
"Sesungguhnya para malaikat itu sama meletakkan sayap- sayapnya - yakni berhenti
terbang dan ingin pula mendengarkan ilmu atau kerana tunduk menghormat - kepada
Orang yang menuntut ilmu, kerana redha dengan apa yang dicarinya."
Saya berkata: "Sebenarnya saya sudah tergerak dalam
hatiku akan mengusap di atas dua buah sepatu khuf itu sehabis buang air besar
atau kecil. Engkau adalah termasuk salah seorang sahabat Nabi s.a.w., maka dari
itu saya datang ini untuk menanyakannya kepadamu. Apakah engkau pernah mendengar
beliau s.a.w. menyebutkan persoalan mengusap sepatu khuf itu daripadanya?"
Shafwan menjawab: "Ia pernah. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita semua, jikalau
kita sedang dalam berpergian, supaya kita jangan melepaskan sepatu khuf kita
selama tiga hari dengan malamnya sekali, kecuali jikalau kita terkena janabah,
tetapi kalau hanya kerana membuang air besar atau kecil atau kerana sehabis
tidur, bolehlah tidak usah dilepaskan." Saya berkata lagi: "Apakah engkau
pernah mendengar beliau s.a.w. menyebutkan persoalan cinta?" Dia menjawab: "Ya
pernah. Pada suatu ketika kita bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam
berpergian. Di kala kita berada di sisinya itu, tiba-tiba ada seorang a'rab
(orang Arab dari pergunungan) memanggil beliau itu dengan suara yang keras
sekali, katanya: "Hai Muhammad." Rasulullah s.a.w. menjawabnya dengan suara yang
sekeras suaranya itu pula: "Mari ke mari". Saya berkata pada orang a'rab tadi:
"Celaka engkau ini, perlahankanlah suaramu, sebab engkau ini benar-benar ada di
sisi Nabi s.a.w.,sedangkan aku dilarang semacam ini - yakni bersuara keras-keras
di hadapannya-. "Orang a'rab itu berkata: "Demi Allah, saya tidak akan
memperlahankan suaraku." Kemudian ia berkata kepada Nabi s.a.w.: "Ada orang
mencintai sesuatu golongan, tetapi ia tidak dapat menyamai mereka - dalam hal
amal perbuatannya serta cara mencari kesempurnaan kehidupan dunia dan
akhiratnya. Nabi s.a.w. menjawab: "Seseorang itu dapat menyertai orang yang
dicintai olehnya esok pada hari kiamat." Tidak henti-hentinya beliau
memberitahukan apa saja kepada kita, sehingga akhirnya menyebutkan bahawa di
arah barat itu ada sebuah pintu yang perjalanan luasnya yakni sekiranya
seseorang yang berkenderaan berjalan hendak menempuh jarak luasnya itu, maka
jarak antara dua hujung pintu tadi adalah sejauh empat puluh atau tujuh puluh
tahun." Salah seorang yang meriwayatkan Hadis ini iaitu Sufyan mengatakan: "Di
arah Syam pintu itu dijadikan oleh Allah Ta'ala sejak hari Dia menciptakan semua
langit dan bumi, senantiasa terbuka untuk taubat, tidak pernah ditutup sehingga
terbitlah matahari dari sebelah barat yakni dari dalam pintu
tadi."Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan lain-lainnya dan Imam Tirmidzi
mengatakan bahawa Hadis ini adalah hasan shahih.
6. Dari Abu Said, iaitu
Sa'ad bin Sinan al-Khudri r.a. bahawasanya Nabiullah s.a.w.
bersabda:
"Ada seorang lelaki dari golongan ummat yang sebelummu
telah membunuh sembilan puluh sembilan manusia, kemudian ia menanyakan tentang
orang yang teralim dari penduduk bumi, ialu ia ditunjukkan pada seorang pendeta.
la pun mendatanginya dan selanjutnya berkata bahawa sesungguhnya ia telah
membunuh sembilan puluh sembilan manusia, apakah masih diterima untuk bertaubat.
Pendeta itu menjawab: "Tidak dapat." Kemudian pendeta itu dibunuhnya sekali dan
dengan demikian ia telah menyempurnakan jumlah seratus dengan ditambah seorang
lagi itu. Lalu ia bertanya lagi tentang orang yang teralim dari penduduk bumi,
kemudian ditunjukkan pada seorang yang alim, selanjutnya ia mengatakan bahawa
sesungguhnya ia telah membunuh seratus manusia, apakah masih diterima taubatnya.
Orang alim itu menjawab: "Ya, masih dapat. Siapa yang dapat menghalang-halangi
antara dirinya dengan taubat itu. Pergilah engkau ke tanah begini- begini, sebab
di situ ada beberapa kelompok manusia yang sama menyembah Allah Ta'ala, maka
menyembahlah engkau kepada Allah itu bersama-sama dengan mereka dan janganlah
engkau kembali ke tanahmu sendiri, sebab tanahmu adalah negeri yang buruk."
Orang itu terus pergi sehingga di waktu ia telah sampai separuh perjalanan,
tiba-tiba ia didatangi oleh kematian.
Kemudian bertengkarlah untuk mempersoalkan diri orang
tadi malaikat kerahmatan dan malaikat siksaan - yakni yang bertugas memberikan
kerahmatan dan bertugas memberikan siksa, malaikat kerahmatan berkata: "Orang
ini telah datang untuk bertaubat sambil menghadapkan hatinya kepada Allah
Ta'ala." Malaikat siksaan berkata: "Bahawasanya orang ini sama sekali belum
pernah melakukan kebaikan sedikit pun."
Selanjutnya ada seorang malaikat yang mendatangi mereka
dalam bentuk seorang manusia, lalu ia dijadikan sebagai pemisah antara
malaikat-malaikat yang berselisih tadi, yakni dijadikan hakim pemutusnya - untuk
menetapkan mana yang benar. Ia berkata: "Ukurlah olehmu semua antara dua tempat
di bumi itu, ke mana ia lebih dekat letaknya, maka orang ini adalah untuknya -
maksudnya jikalau lebih dekat ke arah bumi yang dituju untuk melaksanakan
taubatnya, maka ia adalah milik malaikat kerahmatan dan jikalau lebih dekat
dengan bumi asalnya maka ia adalah milik malaikat siksaan." Malaikat-malaikat
itu mengukur, kemudian didapatinya bahawa orang tersebut adalah lebih dekat
kepada bumi yang dikehendaki -yakni yang dituju untuk melaksanakan taubatnya.
Oleh sebab itu maka ia dijemputlah oleh malaikat kerahmatan." (Muttafaq
'alaih)
7.Dari Abdullah bin Ka'ab
bin Malik dan ia - yakni Abdullah -adalah pembimbing Ka'ab r.a. dari
golongan anak-anaknya ketika Ka'ab - yakni ayahnya itu - sudah buta matanya,
katanya: "Saya mendengar Ka'ab bin Malik r.a. menceriterakan perihal
peristiwanya sendiri ketika membelakang - ertinya tidak mengikuti - Rasulullah
s.a.w. dalam peperangan Tabuk."
Ka'ab berkata: "Saya tidak pernah membelakang - tidak
mengikuti - Rasulullah s.a.w. dalam suatu peperangan pun kecuali dalam
peperangan Tabuk. Hanya saja saya juga pernah tidak mengikuti dalam peperangan
Badar, tetapi beliau s.a.w. tidak mengolok- olokkan seseorangpun yang tidak
mengikutinya itu - yakni Badar. Hanyasanya Rasulullah s.a.w. keluar bersama kaum
Muslimin menghendaki kafilahnya kaum Quraisy, sehingga Allah Ta'ala mengumpulkan
antara mereka itu dengan musuhnya dalam waktu yang tidak tertentukan. Saya juga
ikut menyaksikan bersama Rasulullah s.a.w. di malam 'aqabah di waktu kita
berjanji saling memperkukuhkan Islam dan saya tidak senang andaikata tidak
mengikuti malam 'aqabah itu sekalipun umpamanya saya ikut menyaksikan peperangan
Badar dan sekalipun pula bahawa peperangan Badar itu lebih termasyhur sebutannya
di kalangan para manusia daripada malam 'aqabah tadi. Perihal keadaanku ketika
saya tidak mengikuti Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Tabuk ialah bahawa saya
sama-sekali tidak lebih kuat dan tidak pula lebih ringan dalam perasaanku
sewaktu saya tidak mengikuti peperangan tersebut. Demi Allah saya belum pernah
mengumpulkan dua buah kenderaan sebelum adanya peperangan Tabuk itu, sedang
untuk peperangan ini saya dapat mengumpulkan keduanya. Tidak pula Rasulullah
s.a.w. itu menghendaki suatu peperangan, melainkan tentu beliau berniat pula
dengan peperangan yang berikutnya sehingga sampai terjadinya peperangan Tabuk.
Rasulullah s.a.w. berangkat dalam peperangan Tabuk itu dalam keadaan panas yang
sangat dan menghadapi suatu perjalanan yang jauh lagi harus menempuh daerah yang
sukar memperolehi air dan tentulah pula akan menghadapi musuh yang jumlahnya
amat besar sekali. Beliau s.a.w. kemudian menghuraikan maksudnya itu kepada
seluruh kaum Muslimin dan menjelaskan persoalan mereka, supaya mereka dapat
bersiap untuk menyediakan perbekalan peperangan mereka. Beliau s.a.w.
memberitahukan pada mereka dengan tujuan yang dikehendaki. Kaum Muslimin yang
menyertai Rasulullah s.a.w. itu banyak sekali, tetapi mereka itu tidak
terdaftarkan dalam sebuah buku yang terpelihara." Yang dimaksud oleh Ka'ab ialah
adanya buku catatan yang berisi daftar mereka itu.
Ka'ab berkata: "Maka sedikit sekali orang yang ingin
untuk tidak menyertai peperangan tadi, melainkan ia juga menyangka bahawa
dirinya akan tersamarkan, selama tidak ada wahyu yang turun dari Allah Ta'ala -
maksudnya kerana banyaknya orang yang mengikuti, maka orang yang berniat tidak
mengikuti tentu tidak akan diketahui oleh siapapun sebab catatannya pun tidak
ada.
Rasulullah s.a.w. berangkat dalam peperangan Tabuk itu
di kala buah-buahan sedang enak-enaknya dan naungan-naungan di bawahnya sedang
nyaman-nyamannya. Saya amat senang sekali pada buah-buahan serta naungan itu.
Rasulullah s.a.w. bersiap-siap dan sekalian kaum Muslimin juga demikian. Saya
mulai pergi untuk ikut bersiap-siap pula dengan beliau, tetapi saya lalu mundur
lagi dan tidak ada sesuatu urusan pun yang saya selesaikan, hanya dalam hati
saya berkata bahawa saya dapat sewaktu-waktu berangkat jikalau saya
menginginkan. Hal yang sedemikian itu selalu saja menghulur-hulurkan waktu
persiapanku, sehingga orang-orang giat sekali untuk mengadakan perbekalan
mereka, sedangkan saya sendiri belum ada persiapan sedikitpun. Kemudian saya
pergi lagi lalu kembali pula dan tidak pula ada sesuatu urusan yang dapat saya
selesaikan. Keadaan sedemikian ini terus-menerus menyebabkan saya
menghulur-hulurkan waktu keberangkatanku, sehingga orang-orang banyak telah
bergegas-gegas dan majulah mereka yang hendak mengikuti peperangan itu. Saya
bermaksud akan berangkat kemudian dan selanjutnya tentu dapat menyusul mereka
yang berangkat terlebih dulu. Alangkah baiknya sekiranya maksud itu saya
laksanakan, tetapi kiranya yang sedemikian tadi tidak ditakdirkan untuk dapat
saya kerjakan. Dengan begitu maka setiap saya keluar bertemu dengan orang-orang
banyak setelah berangkatnya Rasulullah s.a.w. itu, keadaan sekelilingku itu
selalu menyedihkan hatiku, kerana saya mengetahui bahawa diriku itu hanyalah
sebagai suatu tuntunan yang dapat dituduh melakukan kemunafikan atau hanya
sebagai seseorang yang dianggap beruzur oleh Allah Ta'ala kerana termasuk
golongan kaum yang lemah - tidak kuasa mengikuti peperangan.
Rasulullah s.a.w. kiranya tidak mengingat akan diriku
sehingga beliau datang di Tabuk, maka sewaktu beliau duduk di kalangan kaumnya
di Tabuk, tiba-tiba bertanya: "Apa yang dilakukan oleh Ka'ab bin Malik?" Seorang
dari golongan Bani Salimah menjawab: "Ya Rasulullah, ia ditahan oleh pakaian
indahnya dan oleh keadaan sekelilingnya yang permai pandangannya." Kemudian
Mu'az bin Jabal r.a. berkata: "Buruk sekali yang kau katakan itu. Demi Allah ya
Rasulullah, kita tidak pernah melihat keadaan Ka'ab itu kecuali yang baik-baik
saja." Rasulullah s.a.w. berdiam diri. Ketika beliau s.a.w. dalam keadaan
seperti itu lalu melihat ada seorang yang mengenakan pakaian serba putih yang
digerak-gerakkan oleh fatamorgana - sesuatu yang nampak semacam air dalam
keadaan yang panas terik di padang pasir - Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Engkaukah Abu Khaitsamah? "Memang orang itu adalah Abu Khaitsamah al-Anshari
dan ia adalah yang pernah bersedekah dengan sesha' kurma ketika dicaci oleh kaum
munafikin.
Ka'ab berkata selanjutnya: "Setelah ada berita yang
sampai di telingaku bahawa Rasulullah s.a.w. telah menuju kembali dengan
kafilahnya dari Tabuk, maka datanglah kesedihanku lalu saya mulai
mengingat-ingat bagaimana sekiranya saya berdusta - untuk mengada-adakan alasan
tidak mengikuti peperangan. Saya berkata pada diriku, bagaimana caranya supaya
dapat terkeluar - terhindar dari kemurkaannya esok sekiranya beliau telah tiba.
Saya pun meminta bantuan untuk menemukan jalan keluar dari kesulitan ini dengan
setiap orang yang banyak mempunyai pendapat dari golongan keluargaku. Setelah
diberitahukan bahawa Rasulullah s.a.w. telah tiba maka lenyaplah kebathilan dari
jiwaku - yakni keinginan akan berdusta itu - sehingga saya mengetahui bahawa
saya tidak dapat menyelamatkan diriku dari kemurkaannya itu dengan sesuatu
apapun untuk selama- lamanya. Oleh sebab itu saya menyatukan pendapat hendak
mengatakan secara sebenarnya belaka.
Rasulullah s.a.w. itu apabila datang dari perjalanan,
tentu memulai dengan memasuki masjid, kemudian bersembahyang dua rakaat,
kemudian duduk di hadapan orang banyak. Setelah beliau melakukan yang sedemikian
itu, maka datanglah padanya orang-orang yang membelakang - tidak mengikuti
peperangan - untuk mengemukakan alasan mereka dan mereka pun bersumpah dalam
mengemukakan alasan-alasannya itu. Jumlah yang tidak mengikuti itu ada lapan
puluh lebih - tiga sampai sembilan. Beliau s.a.w. menerima alasan-alasan yang
mereka kemukakan secara terus terang itu, juga membai'at - meminta janji setia -
mereka serta memohonkan pengampunan untuk mereka pula, sedang apa yang tersimpan
dalam hati mereka bulat-bulat diserahkan kepada Allah Ta'ala. Demikianlah
sehingga saya pun datanglah menghadap beliau s.a.w. itu. Setelah saya
mengucapkan salam padanya, beliau tersenyum bagaikan senyumnya orang yang murka,
kemudian bersabda: "Kemarilah!" Saya mendatanginya sambil berjalan sehingga saya
duduk di hadapannya, kemudian beliau s.a.w. bertanya padaku: "Apakah yang
menyebabkan engkau tertinggal bukankah engkau telah membeli unta untuk
kenderaanmu?"
Ka'ab berkata: "Saya lalu menjawab: Ya Rasulullah,
sesungguhnya saya, demi Allah, andaikata saya duduk di sisi selain Tuan dari
golongan ahli dunia, nescayalah saya berpendapat bahawa saya akan dapat keluar
dari kemurkaannya dengan mengemukakan suatu alasan. Sebenarnya saya telah
dikurniai kepandaian dalam bercakap-cakap. Tetapi saya ini, demi Allah, pasti
dapat mengerti bahawa andai kata saya memberitahukan kepada Tuan dengan suatu
ceritera bohong pada hari ini yang Tuan akan merasa rela dengan ucapanku itu,
namun sesungguhnya Allah hampir-hampir akan memurkai Tuan kerana perbuatanku
itu. Sebaliknya jikalau saya memberitahukan kepada Tuan dengan ceritera yang
sebenarnya yang dengan demikian itu Tuan akan murka atas diriku dalam hal ini,
sesungguhnya saya hanyalah menginginkan keakhiran yang baik dari Allah
'Azzawajalla. Demi Allah, saya tidak beruzur sedikitpun - sehingga tidak
mengikuti peperangan itu. Demi Allah, sama sekali saya belum merasakan bahawa
saya lebih kuat dan lebih ringan untuk mengikutinya itu, yakni di waktu saya
membelakang daripada Tuan -sehingga jadi tidak ikut
berangkat."
Ka'ab berkata: "Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: Tentang
orang ini, maka pembicaraannya memang benar - tidak berdusta. Oleh sebab itu
bolehlah engkau berdiri sehingga Allah akan memberikan keputusannya tentang
dirimu."
Ada beberapa orang dari golongan Bani Salimah yang
berjalan mengikuti jejakku, mereka berkata: "Demi Allah, kita tidak menganggap
bahawa engkau telah pernah bersalah dengan melakukan sesuatu dosapun sebelum
saat ini. Engkau agaknya tidak kuasa, mengapa engkau tidak mengemukakan
keuzuranmu saja kepada Rasulullah s.a.w. sebagaimana keuzuran yang dikemukakan
oleh orang-orang yang tertinggal yang lain- lain. Sebenarnya bukankah telah
mencukupi untuk menghilangkan dosamu itu jikalau Rasulullah s.a.w. suka
memohonkan mengampunan kepada Allah untukmu.
Ka'ab berkata: "Demi Allah, tidak henti-hentinya
orang-orang itu mengolok-olokkan diriku - kerana menggunakan cara yang dilakukan
sebagaimana di atas yang telah terjadi itu - sehingga saya sekali hendak kembali
saja kepada Rasulullah s.a.w. – untuk mengikuti cara orang-orang Bani Salimah
itu, agar saya mendustakan diriku sendiri. Kemudian saya berkata kepada
orang-orang itu: "Apakah ada orang lain yang menemui peristiwa sebagaimana hal
yang saya temui itu?" Orang-orang itu menjawab: "Ya, ada dua orang yang menemui
keadaan seperti itu. Keduanya berkata sebagaimana yang engkau katakan lalu
terhadap keduanya itupun diucapkan - oleh Rasulullah s.a.w. - sebagaimana
kata-kata yang diucapkan padamu."
Ka'ab berkata: "Siapakah kedua orang itu?" Orang-orang
menjawab: "Mereka itu ialah Murarah bin Rabi'ah al-'Amiri dan Hilal bin Umayyah
al-Waqifi."
Ka'ab berkata: "Orang-orang itu menyebut-nyebutkan di
mukaku bahawa kedua orang itu adalah orang-orang shahih dan juga benar-benar
ikut menyaksikan peperangan Badar dan keduanya dapat dijadikan sebagai contoh -
dalam keberanian dan lain-lain."
Ka'ab berkata: "Saya pun lalu terus pergi di kala mereka
telah selesai menyebut- nyebutkan tentang kedua orang tersebut di atas di
mukaku.
Rasulullah s.a.w. melarang kita - kaum Muslimin - untuk
bercakap-cakap dengan ketiga orang di antara orang-orang yang sama membelakang -
tidak mengikuti perjalanan - beliau itu."
Ka'ab berkata: "Orang-orang sama menjauhi kita," dalam
riwayat lain ia berkata: "Orang- orang sama berubah sikap terhadap kita bertiga,
sehingga dalam jiwaku seolah-olah bumi ini tidak mengenal lagi akan diriku, maka
seolah-olah bumi ini adalah bukan bumi yang saya kenal sebelumnya. Kita bertiga
berhal demikian itu selama lima puluh malam - dengan harinya. Adapun dua kawan
saya, maka keduanya itu menetap saja dan selalu duduk-duduk di rumahnya sambil
menangis. Tentang saya sendiri, maka saya adalah yang termuda di kalangan kita
bertiga dan lebih tahan - mendapatkan ujian. Oleh sebab itu saya pun keluar
serta menyaksikan shalat jamaah bersama kaum Muslimin lain-lain dan juga suka
berkeliling di pasar-pasar, tetapi tidak seorang pun yang mengajak bicara
padaku. Saya pernah mendatangi Rasulullah s.a.w. dan mengucapkan salam padanya
dan beliau ada di majlisnya sehabis shalat, kemudian saya berkata dalam hatiku,
apakah beliau menggerakkan kedua bibirnya untuk menjawab salamku itu ataukah
tidak. Selanjutnya saya bersembahyang dekat sekali pada tempatnya itu dan saya
mengamat- amatinya dengan pandanganku. Jikalau saya mulai mengerjakan shalat,
beliau melihat padaku, tetapi jikalau saya menoleh padanya, beliaupun lalu
memalingkan mukanya dari pandanganku.
Demikian halnya, sehingga setelah terasa amat lama
sekali penyeteruan kaum Muslimin itu terhadap diriku, lalu saya berjalan
sehingga saya menaiki dinding muka dari rumah Abu Qatadah. Ia adalah anak
pamanku - jadi sepupunya - dan ia adalah orang yang tercinta bagiku di antara
semua orang. Saya memberikan salam padanya, tetapi demi Allah, ia tidak menjawab
salamku itu. Kemudian saya berkata kepadanya: "Hai Abu Qatadah, saya hendak
bertanya padamu kerana Allah, apakah engkau mengetahui bahawa saya ini mencintai
Allah dan RasulNya s.a.w.?" Ia diam saja, lalu saya ulangi lagi dan bertanya
sekali iagi padanya, ia pun masih diam saja. Akhirnya saya ulangi lagi dan saya
menanyakannya sekali lagi, lalu ia berkata: "Allah dan RasulNya yang lebih
mengetahui tentang itu." Oleh sebab jawabnya ini, maka mengalirlah air mataku
dan saya meninggalkannya sehingga saya menaiki dinding rumah
tadi.
Di kala saya berjalan di pasar kota, tiba-tiba ada
seorang petani dari golongan petani negeri Syam (Palestina), iaitu dari golongan
orang-orang yang datang dengan membawa makanan yang hendak dijualnya di Madinah,
lalu orang itu berkata: "Siapakah yang suka menunjukkan, manakah yang bernama
Ka'ab bin Malik." Orang-orang lain sama menunjukkannya ke arahku, sehingga orang
itu pun mendatangi tempatku, kemudian menyerahkan sepucuk surat dari raja
Ghassan - yang beragama Kristian. Saya memang orang yang dapat menulis, maka
surat itupun saya baca, tiba-tiba isinya adalah sebagai
berikut:
"Amma ba'd. Sebenarnya telah sampai berita pada kami
bahawa sahabatmu - yakni Muhammad s.a.w. - telah menyeterumu. Allah tidaklah
menjadikan engkau untuk menjadi orang hina di dunia ataupun orang yang
dihilangkan hak-haknya. Maka dari itu susullah kami - maksudnya datanglah di
tempat kami - maka kami akan menggembirakan hatimu."
Kemudian saya berkata setelah selesai membacanya itu:
"Ah, inipun juga termasuk bencana pula," lalu saya menuju ke dapur dengan
membawa surat tadi kemudian saya membakarnya. Selanjutnya setelah lepas waktu
selama empat puluh hari dari jumlah lima puluh hari, sedang waktu agak terlambat
datangnya tiba-tiba datanglah di tempatku seorang utusan dari Rasulullah s.a.w.,
terus berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan pada mu supaya
engkau menyendirikan isterimu." Saya bertanya: "Apakah saya harus menceraikannya
ataukah apa yang harus saya lakukan?" Ia berkata: "Tidak usah menceraikan,
tetapi menyendirilah daripadanya, jadi jangan sekali-kali engkau mendekatinya."
Rasulullah s.a.w. juga mengirimkan utusan kepada kedua sahabat saya - yang
senasib di atas - sebagaimana yang dikirimkannya padaku. Oleh sebab itu lalu
saya berkata pada isteriku: "Susullah dulu keluargamu - maksudnya pergilah ke
tempat kedua orang tuamu. Beradalah di sisi mereka sehingga Allah akan
menentukan bagaimana kelanjutan peristiwa ini."
Isteri Hilal bin Umayyah mendatangi Rasulullah s.a.w.,
lalu berkata pada beliau: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Hilal bin Umayyah itu
seorang yang amat tua dan hanya sebatang kara, tidak mempunyai pelayan juga.
Apakah Tuan juga tidak senang andaikata saya tetap melayaninya?" Beliau s.a.w.
menjawab: "Tidak, tetapi jangan sekali-kali ia mendekatimu - jangan berkumpul
seketiduran denganmu." Isterinya berkata lagi: "Sesungguhnya Hilal itu demi
Allah, sudah tidak mempunyai gerak sama sekali pada sesuatu pun dan demi Allah,
ia senantiasa menangis sejak terjadinya peristiwa itu sampai pada hari
ini."
Sebahagian keluargaku berkata padaku: "Alangkah baiknya
sekiranya engkau meminta izin kepada Rasulullah s.a.w. dalam persoalan isterimu
itu. Rasulullah s.a.w. juga telah mengizinkan kepada isteri Hilal bin Umayyah
untuk tetap melayaninya." Saya berkata: "Saya tidak akan meminta izin untuk
isteriku itu kepada Rasulullah s.a.w., saya pun tidak tahu bagaimana nanti yang
akan diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. sekiranya saya meminta izin pada beliau
perihal isteriku itu - yakni supaya boleh tetap melayani diriku? Saya adalah
seorang yang masih muda." Saya tetap berkeadaan sebagaimana di atas itu - tanpa
isteri -selama sepuluh malam dengan harinya sekali maka telah genaplah jumlahnya
menjadi lima puluh hari sejak kaum Muslimin dilarang bercakap-cakap dengan
kita.
Selanjutnya saya bersembahyang Subuh pada pagi hari
kelima puluh itu di muka rumah dari salah satu rumah keluarga kami. Kemudian di
kala saya sedang duduk dalam keadaan yang disebutkan oleh Allah Ta'ala perihal
diri kita itu - yakni ketika kami bertiga sedang dikucilkan, jiwa ku terasa amat
sempit sedang bumi yang luas terasa amat kecil, tiba-tiba saya mendengar suara
teriakan seseorang yang berada di atas gunung Sala' - sebuah gunung di Madinah,
ia berkata dengan suaranya yang amat keras: "Hai Ka'ab bin Malik,
bergembiralah." Segera setelah mendengar itu, saya pun bersujud - syukur - dan
saya meyakinkan bahawa telah ada kelapangan yang datang untukku. Rasulullah
s.a.w. telah memberitahukan pada orang-orang banyak bahawa taubat kita bertiga
telah diterima oleh Allah 'Azzawajalla, iaitu di waktu beliau bersembahyang
Subuh. Maka orang-orang pun menyampaikan berita gembira itu pada kita dan ada
pula pembawa-pembawa kegembiraan itu yang mendatangi kedua sahabatku - yang
senasib. Ada seorang yang dengan cepat-cepat melarikan kudanya serta
bergegas-gegas menuju ke tempatku dari golongan Aslam - namanya Hamzah bin Umar
al-Aslami. Ia menaiki gunung dan suaranya itu kiranya lebih cepat terdengar
olehku daripada datangnya kuda itu sendiri. Setelah dia datang padaku yakni
orang yang ku dengar suaranya tadi, ia pun memberikan berita gembira padaku,
kemudian saya melepaskan kedua bajuku dan saya berikan kepadanya untuk dipakai,
sebagai hadiah dari berita gembira yang disampaikannya itu. Demi Allah, saya
tidak mempunyai pakaian selain keduanya tadi pada hari itu. Maka saya pun
meminjam dua buah baju - dari orang lain - dan saya kenakan lalu berangkat
menuju ke tempat Rasulullah s.a.w. Orang-orang sama menyambut kedatanganku itu
sekelompok demi sekelompok menyatakan ikut gembira padaku sebab taubatku yang
telah diterima. Mereka berkata: "Semogagembiralah hatimu kerana Allah telah
menerima taubatmu itu." Demikian akhirnya saya memasuki masjid, di situ
Rasulullah s.a.w. sedang duduk dan di sekelilingnya ada beberapa orang. Thalhah
bin Ubaidullah r.a. lalu berdiri cepat-cepat kemudian menjabat tanganku dan
menyatakan ikut gembira atas diriku. Demi Allah tidak ada seorang pun dari
golongan kaum Muhajirin yang berdiri selain Thalhah itu. Oleh sebab itu Ka'ab
tidak akan melupakan peristiwa itu untuk Thalhah.
Ka'ab berkata: "Ketika saya mengucapkan salam kepada
Rasulullah s.a.w. beliau tampak berseri-seri wajahnya kerana gembiranya lalu
bersabda: "Bergembiralah dengan datangnya suatu hari baik yang pernah engkau
alami sejak engkau dilahirkan oleh ibumu. "Saya bertanya: "Apakah itu datangnya
dari sisi Tuan sendiri ya Rasulullah, atau kah dari sisi Allah?" Beliau s.a.w.
menjawab: "Tidak dari aku sendiri, tetapi memang dari Allah 'Azzawajalla".
Rasulullah s.a.w. itu apabila gembira hatinya, maka wajahnya pun bersinar indah,
seolah-olah wajahnya itu adalah sepenuh bulan, kita semua mengetahui hal
itu.
Setelah saya duduk di hadapannya, saya lalu berkata: "Ya
Rasulullah, sesungguhnya untuk menyatakan taubatku itu ialah saya hendak
melepaskan sebahagian hartaku sebagai sedekah kepada Allah dan RasulNya."
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tahanlah untukmu sendiri sebahagian dari
harta-hartamu itu, sebab yang sedemikian itu adalah lebih baik." Saya menjawab:
"Sebenarnya saya telah menahan bahagianku yang ada di tanah Khaibar."
Selanjutnya saya meneruskan: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah telah
menyelamatkan diriku dengan jalan berkata benar, maka sebagai tanda taubatku
pula ialah bahawa saya tidak akan berkata kecuali yang sebenarnya saja selama
kehidupanku yang masih tertinggal." Demi Allah, belum pernah saya melihat
seseorang pun dari kalangan kaum Muslimin yang diberi cubaan oleh Allah Ta'ala
dengan sebab kebenaran kata-kata yang diucapkan, sejak saya menyebutkan hal itu
kepada Rasulullah s.a.w. yang jadinya lebih baik dari yang telah dicubakan oleh
Allah Ta'ala pada diriku sendiri. Demi Allah, saya tidak bermaksud akan berdusta
sedikitpun sejak saya mengatakan itu kepada Rasulullah s.a.w. sampai pada hariku
ini dan sesungguhnya saya pun mengharapkan agar Allah Ta'ala senantiasa
melindungi diriku dari kedustaan itu dalam kehidupan yang masih tertinggal
untukku."
Ka'ab berkata; "Kemudian Allah Ta'ala menurunkan wahyu
yang ertinya:
"Sesungguhnya Allah
telah menerima taubatnya Nabi, kaum Muhajirin dan Anshar yang mengikutinya -
ikut berperang – dalam masa kesulitan - sampai di firmanNya yang bererti [6]
; Sesungguhnya Allah itu adalah Maha Penyantun lagi Penyayang kepada mereka.
Juga Allah telah
menerima taubat tiga orang yang ditinggalkan di belakang, sehingga terasa
sempitlah bagi mereka bumi yang terbentang luas ini - sampai di firmanNya
yang bererti - Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah engkau semua bersama
orang-orang yang benar." (at-Taubah: 117-119)
Ka'ab berkata: "Demi Allah, belum pernah Allah
mengurniakan kenikmatan padaku sama sekali setelah saya memperolehi petunjuk
dari Allah untuk memeluk Agama Islam ini, yang kenikmatan itu lebih besar dalam
perasaan jiwaku, melebihi perkataan benarku yang saya sampaikan kepada
Rasulullah s.a.w., sebab saya tidak mendustainya, sehingga andaikata demikian
tentulah saya akan rosak sebagaimana kerosakan yang dialami oleh orang-orang
yang berdusta - maksudnya ialah kerosakan agama bagi dirinya, akhlak dan
lain-lain. Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman kepada orang-orang yang
berdusta ketika diturunkannya wahyu, iaitu suatu kata-kata terburuk yang pernah
diucapkan kepada seseorang. Allah Ta'ala berfirman yang
ertinya:
"Mereka akan bersumpah
kepadamu dengan nama Allah, ketika engkau kembali kepada mereka, supaya engkau
dapat membiarkan mereka. Sebab itu berpalinglah dari mereka itu, sesungguhnya
mereka itu kotor dan tempatnya adalah neraka Jahanam, sebagai pembalasan dari
apa yang mereka lakukan.
Mereka bersumpah
kepadamu supaya engkau merasa senang kepada mereka, tetapi biarpun engkau merasa
senang kepada mereka, namun Allah tidak senang kepada kaum yang fasik itu."
(at-Taubah: 95-96)
Ka'ab berkata: "Kita semua bertiga ditinggalkan,
sehingga tidak termasuk dalam urusan golongan orang-orang yang diterima oleh
Rasulullah s.a.w. perihal alasan-alasan mereka itu, iaitu ketika mereka juga
bersumpah padanya, lalu memberikan janji-janji kepada mereka supaya setia dan
memohonkan pengampunan untuk mereka pula. Rasulullah s.a.w. telah mengakhirkan
urusan kita bertiga itu sehingga Allah memberikan keputusan dalam peristiwa
tersebut." Allah Ta'ala berfirman: "Dan juga kepada tiga orang yang
ditinggalkan."
Bukannya yang disebutkan di situ iaitu dengan firmanNya
"Tiga orang yang ditinggalkan dimaksudkan kita membelakang dari peperangan,
tetapi Rasulullah s.a.w. yang meninggalkan kita bertiga tadi dan menunda urusan
kita, dengan tujuan untuk memisahkan dari orang-orang yang bersumpah dan
mengemukakan alasan-alasan padanya, kemudian menyampaikan masing-masing
keuzurannya dan selanjutnya beliau s.a.w., menerima alasan-alasan mereka
tersebut." (Muttafaq 'alaih)
8.
Lihat subject "Rajam " no 2
Bantu dakwah ini tersebar ke teman-teman terdekat kalian
sampai kepenjuru dunia dengan meng-klik “bagikan”/”share” Allah SWT akan
membalas sekecil apapun amal kalian, dan insya Alah akan menjadi salah satu dari
tiga amal yang akan tetap mengalir terus walaupun kita sudah wafat..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar